Saturday, January 18, 2014

Limau mandarin penganti kad raya TBC

18 Jan 2014: Jalan Reko, Kajang.
Sempena Tahun Baru Cina tidak lama lagi satu program menziarahi penduduk terutamanya kaum Cina telah diatur. YB Ustaz Shafie Ngah, ADUN Bangi bersama beberapa orang sukarelawan dari Pusat Khidmat ADUN Bangi telah turun padang ke Taman Seroja, Taman Jelita dan Taman Sungai Mas, Jalan Reko Kajang. Turut serta bersama dalam program ini ialah sepuloh orang sukarelawan dari Unit Amal Serdang dan dua orang pemimpin tempatan yang dikenali sebagai Madam Khoo dan Pak Hamid.
Figure 1Beberapa orang pekerja kedai dobi mengambil peluang bergambar bersama YB Ustaz Shafie Ngah

Sebanyak lima puloh buah rumah telah berjaya diziarahi. Sambil mengucapkan ucapan “Xong Si Fa Chai” mereka juga mengedarkan limau mandarin, kalendar dan akhbar Selangorkini versi bahasa Cina. Kesempatan turut diambil untuk mendaftar beberapa orang warga emas yang layak bagi tujuan pemberian baucer percuma seratus ringgit untuk Program Jom Shopping Tahun Baru Cina.

Figure 2:Mengedarkan buah limau mandarin disamping mengucapkan "Xong Si Fa Chai"

Beberapa orang penduduk yang telah mengenali YB. Ustaz Shafie Ngah kerana beliau pernah menjadi Ahli Majlis MPKj di kawasan itu sebelum ini menyuarakan beberapa pandangan dan aduan bagi memperbaiki mutu perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT).


Figure 3: Kunjungan ke Tokong Nan Hai Guan Yin Shen Xian menemukan beberapa orang penduduk yang dulu mengenali YB sebagai Ahli Majlis MPKj.


Setelah hamper tiga jam menziarahi penduduk di kawasan Jalan Reko, YB Ustaz Shafie Ngah terpaksa bergegas ke Seksyen 3 Bandar Baru Bangi bagi merasmikan Program ‘Wonder Math’ siri ke-20 yang sedang berlansung. 

Friday, January 3, 2014

MAJLIS PENENTUAN ARAH KIBLAT MASJID AL-UMM.

Bandar Baru Bangi , 2 Jan 2014 :
"Sesiapa yang membina sebuah masjid di dunia walaupun dengan (sumbangan) segenggam pasir, nescaya Allah akan bina untuknya mahligai di Akhirat."

Dato’ Dr. Haron Din membacakan sepotong hadis yang diriwayatkan oleh  Al-Bukhari dan Muslim sebelum membaca doa dalam majlis Penentuan Arah Kiblat Masjid Al-Umm. Dalam majlis yang sama beliau turut menyampaikan sumbangan RM1.5 juta yang diusahakannya. Beliau merupakan penasihat kepada Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm.
Masjid Al-Umm bakal menjadi masjid kedua di Bandar Baru Bangi selepas Masjid Al-Hasanah. Kos pembinaan masjid dua tingkat ini dianggarkan bernilai RM12.5 juta. Majlis pelancaran Tabung Pembinaan Masjid Al-Umm telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor pada awal tahun lepas (6 Januari 2013).
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar berjanji akan memberi bantuan dana berdasarkan ‘ringgit ke ringgit’. Sehingga kini Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm yang dipengerusikan oleh Dr. Shafie Abu Bakar, mantan ADUN Bangi telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM2.5 juta.
Menurut Dr. Shafie Abu Bakar,”Kita masih memerlukan RM2 juta lagi  untuk jumlah RM6 juta sebelum mengemukakan permohonan kepada kerajaan  Selangor sebagaimana yang dijanjikan oleh YAB Menteri Besar pada tahun lepas.”


ADUN Bangi, Ustaz Shafie Ngah yang turut hadir menyokong penuh pembinaan Masjid Al-Umm yang bakal menjadi identitik kepada Bangi.
Penentuan Arah Kiblat dilakukan oleh Jurukur dari pihak Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Selangor.