Monday, December 19, 2011

RM 9. 1 JUTA UNTUK ROBOH DAN BINA BUS STOP DI SELANGOR

Agak pelik juga bila melihat disepanjang jalan Hentian Kajang. 3 buah bus stop yang sedia ada dirobohkan. Pada penilaian aku keadaan bus stop itu masih ok boleh digunakan. Kalau dicat nampak baru. Tapi dirobohkan. Mungkin bus stop tu tak sesuai didirikan kerana dekat sangat dengan traffic light. Sangkaan aku meleset. Lepas diroboh dibina semula ditempat asal. Termasuk sebuah bus stop bertentangan dengan Taman Tenaga yang memang tak pernah digunakan. Bus pun malas nak berhenti kerana hampir sangat dengan Hentian Kajang. Dah kaya sangat ke negara ini?

Rupanya Noh Omar nak beri ‘zakat’ kepada kuncu-kuncunya. Sebanyak RM 9.1 juta diperuntukkan untuk membina dan menaik taraf bus stop diseluruh Selangor. ( Rujuk http://www.malaysiakini.com/news/184569)

Yang aku musykil ialah:-
1.       Noh Omar ni Menteri Pertanian, apa kena mengena bus stop dengan pertanian. Sejak bila pulak lembu belajar naik bus ni?
2.       Apa bingai sangat pi roboh bus stop yang masih ok lepas tu buat balik? 

No comments: