Monday, November 28, 2011

UNTUNG DAH ‘MELANA’ MASIH MAHUKAN RAKYAT MERANA.

Pengendali projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) telah memperolehi RM24.266 Bilion daripada kutipan tol dan pampasan kerajaan sehingga 31 Disember 2010. Perbelanjaan yang dikeluarkan mengikut kerajaan BN melalui jawapan bertulis Parlimen telah mengakui bahawa syarikat pengendali tol Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) hanya membelanjakan RM5.945 bilion. Di atas kertas PLUS sebenarnya telah mendapat untung yang besar sebanyak RM18.321 Billion.
Rakyat yang membayar tol selama ini  dan mungkin selama-lamanya berhak bertanya:-
1.    Mengapa konsesi ini tidak ditamatkan .
2.    Mengapa berbohong kepada rakyat tiada kenaikan tol sehingga 2015 dalam waktu yang sama telah memanjang tempoh konsesi teresbut.
3.    Apakah jaminan tiada kenaikan tol selepas itu.
Jawapan sebenarnya ada pada RAKYAT. Jatuhkan kerajaan sekarang. Perangi pemimpin yang korup dan tidak amanah kepada rakyat. Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia.

Sunday, November 20, 2011

PULOHAN BANER PROGRAM TPM MAHYUDDIN HILANG DICURI?

Hanya kerana nak mengadakan majlis serahan RM100/= kepada pelajar di SMK Bandar Baru Bangi, baner ucapan dari ADUN Bangi dan saf pimpinan PAS Serdang yang ditujukan kepada pelajar yang sedang menghadapi SPM,STAM dan STPM ditanggalkan. Turut ditanggalkan ialah baner ucapan dari Nisa Serdang. Yang mengjengkelkan ialah baner dari pihak Umno/Bn Serdang dibiarkan tidak terusik. Baner dari pihak PAS Serdang mengandungi doa yang mengajak setiap yang membacanya turut sama mendoakan kejayaan pelajar-pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan kini.












Dalam perkembangan yang sama pihak Umno Serdang berada dalam keadaan kelam kabut bila hanya tinggal dua hari sahaja lagi menjelang Program Ilham yang akan diadakan pada pagi ini 21 November 2011 di padang SK Bandar Seri Putra tapi puluhan baner yang dipasang telah hilang. Kekecohan itu menyebabkan mereka menuding jari kepada pihak PAS Serdang yang menanggalkannya. Satu laporan polis telah dibuat oleh Timbalan Ketua Bahagian Umno Serdang yang dilihat sebagai calon Umno bakal bertanding di DUN Bangi.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah kontraktor yang dilantik oleh pihak mereka gagal memasang baner pada tarikh yang ditetapkan. Ini dapat dijelaskan dengan aktiviti memasang baner dijalankan sehari menjelang perhimpunan itu. Tidak dapat dipastikan samada pihak Umno Serdang telah menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum ini.

Sunday, November 13, 2011

Friday, November 11, 2011

AKIBAT SALAH MINUM SUSU


Kata Khairy bayaran sebanyak RM9.8 juta itu dibuat supaya National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.

“Alasan membeli kondominum sebagai pelaburan sementara menunggu projek itu berjalan adalah tidak masuk akal,”

“Kalau kerajaan sudah tiada duit untuk bangunkan ladang satelit yang terbantut, kerajaan (sepatutnya) mengambil kembali duit tersebut tapi kenapa beri duit itu untuk membeli kondominium,” kata Rafizi pada Keadilan Daily.

-Pemimpin UMNO buat projek tiada tender - direct nego. Masa kecik dulu agak-agaknya minum susu pun direct nego camni.

Wednesday, November 9, 2011

NFC SALUR DANA UNTUK WANITA BN/UMNO?

Selain dari peluang Noh Omar merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat siu NFC seterusnya mengundang lebih banyak persoalan. Apakah NFC digunakan untuk menyalurkan dana kepada Wanita BN/UMNO?

Penjelasan Sharizat bagi menjawab tuduhan yang ditimbulkan Pakatan Rakyat semakin terbelit bila dalam ulasannya seolah memberi gambaran bahawa BN/UMNO perlu merestui apa sahaja keputusan NFC.

"Mereka (pembangkang) bukan minat sangat dengan NFC. Itu memang diarahkan kepada saya, selaku ketua Wanita Umno, dan juga pengerusi Wanita BN," katanya lagi.

Monday, November 7, 2011

PETRONAS TIDAK BAYAR ZAKAT PERNIAGAAN

Petroleum Nasional Berhad (Petronas) tidak pernah membayar zakat kepada mana-mana badan agama negeri atau pihak yang layak menerima zakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapha Mohamad.

Sebaliknya kata beliau, Petronas hanya membuat pembayaran cukai syarikat dan cukai pendapatan petroleum kepada kerajaan.


“Bayangkan tahun lalu saja keuntungan Petronas mencecah RM80 bilion. Ini bermakna jika syarikat tersebut membayar zakat nilainya hampir RM2 bilion dan banyak boleh dimanfaatkan untuk pembangunan umat Islam negara ini.

“Sebab itulah Profesor Ungku Aziz pernah berkata, jika Pertronas menunaikan zakat perniagaannya, pelajar miskin boleh ditanggung daripada pra-sekolah hingga ke universiti,” ujarnya.

Tuan Ibrahim berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar semalam yang memetik Dr Mahathir mencadangkan agar sebahagian kecil kutipan zakat dari negara Islam yang kaya diberi kepada negara miskin atau rakyat miskin di negara lain kerana lapan asnaf yang layak menerima zakat sudah tidak wujud di kebanyakan negara kaya, selain kutipan juga melebihi keperluan mereka yang ada.

Beliau juga percaya jika sebuah tabung diwujudkan bagi mengumpul sumbangan zakat daripada negara kaya, akan ada wang yang mencukupi bagi membina infrastruktur membolehkan negara miskin membangun dan menghasilkan peluang kerja menerusi pelaburan dalam industri berasaskan buruh.
Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian dalam ucaptama Persidangan Antarabangsa Kewangan dan Ekonomi Islam di Langkawi, kelmarin.

Menurut Tuan Ibrahim, banyak lagi syarikat korporat selain daripada Tabung Haji yang tidak menunaikan zakat dan mungkin disebabkan tidak mendapat pelepasan cukai perniagaan oleh kerajaan.

“Selain daripada Petronas banyak lagi gergasi korporat seperti Felda dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang jika membayar zakat wang tersebut boleh digunakan bagi meningkatkan sosial dan kebajikan rakyat.

“Cuma kerajaan kena laksanakan satu kaedah kepada syarikat korporat ini yang membayar zakat dikecualikan daripada cukai,” tambahnya.

Mengenai pertanyaan Dr Mahathir bolehkah wang zakat digunakan untuk pembangunan infrastruktur, Tuan Ibrahim berpendapat ia dibolehkan melalui asnaf fi sabilillah kerana takrifnya yang luas. Namun begitu beliau berharap jawapan sebenar boleh didapatkan daripada hujah-hujah ulamak melalui kajian dan penelitian.

"Jadi Petronas rampas hak orang miskin dan termiskin dengan tidak membayar zakat niaga atau zakat galian. Apakah puak-puak agama dalam kerajaan BN tidak sedar hal itu? Inilah jadahnya bila kerajaan dikendalikan oleh pimpinan puak-puak tidak faham Islam, dan perjuangannya tidak berlandaskan perjuangan Islam!" Kata pengunjung web di atas.

Rakyat patut sedar kecurangan dan kezaliman pemimpin-pemimpin ini, dan hukum mereka dalam PRU 13 akan datang!

Sunday, November 6, 2011

JOM SANTAI. KEJOHANAN PIALA PRU 13. TENGOK SIAPA KENA BUANG PADANG


Yang penting apakah keputusan pengadil (rakyat) buang padang pemain ini bakal merubah keputusan pertandingan? 

Saturday, November 5, 2011

Mahathir masih lagi PM ke?

Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang seolah-olah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menghalang timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dianggap cuba masuk campur.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar)melihat kenyataan bekas Perdana Menteri yang dianggap masih berpengaruh dalam Umno dan kerajaan itu, hanya akan mengusutkan lagi keadaan.
“Dr Mahathir sudah berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun dan dasar perubahan dalam pendidikan PPSMI diperkenalkan oleh pentadbirannya. Maka setelah dibuat kajian, ratusan ribu pelajar Melayu didapati menjadi mangsa iaitu tercicir dalam pelajaran teras tersebut.
“Jadi apabila Menteri Pelajaran membuat keputusan untuk menghapuskan PPSMI dan kembali kepada bahasa ibunda, beliau (Dr Mahathir) tidak sepatutnya dilihat cuba mempengaruhi keputusan yang telah dibuat menteri betanggungjawab itu," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Mahathir dalam kenyataan di Langkawi kelmarin bahawa Perdana Menteri masih boleh menghalang Muhyiddin memansuhkan PPSMI.
Beliau dipercayai memberi respons kepada Muhyiddin yang berkata keputusan kerajaan memansuhkan dasar PPSMI muktamad walaupun cuba didesak oleh beberapa pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page).
Muhyiddin juga menolak sebarang perbincangan lagi memandangkan kerajaan sudah pun memutuskan bagi memansuhkan dasar itu pada tahun 2009 dan ia berbetulan dengan keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
"Pelajar Melayu luar bandar sudah lama tertinggal walaupun terpaksa menunggu sistem tersebut kembali kepada Bahasa Melayu. Mereka tidak wajar terus menjadi mangsa kepada eskperimen yang sudah jelas menjejaskan pencapaian mereka seperti yang telah terbukti diakui oleh Menteri Pelajaran.
“Setelah beberapa tahun PPSMI diperkenalkan oleh Dr Mahathir, didapati ratusan ribu generasi pelajar menanggung kerugian kerana gagal menguasai mata pelajaran yang penting untuk berjaya melanjutkan pelajaran kepada yang tahap lebih tinggi. Pada masa yang sama tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.
“Justeru sudah jelas PPSMI hanya membawa kerugian kepada bangsa Melayu. Oleh yang demikian, PAS Pahang menentang sebarang cubaan menghidupkan semula PPSMI, termasuk cubaan Dr Mahathir untuk mempengaruhi Najib,” jelas Tuan Ibrahim.