Sunday, September 4, 2011

THE RETURN OF HERO MAMAK


“Nanti, nantilah…saya tengah trauma lagi.”katanya.
“Mungkin nanti saya akan buat sidang media.”katanya kepada wartawan The Malaysian Insider ketika ditemui selepas majlis pengebumian jenazah Noramfaizul di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia, Serdang.

PM Najib yang rekod popularitinya sedang merundum bertindak memendekkan percutiannya di Australia bergegas kembali untuk menonjolkan dirinya semula pada majlis penkebumian tersebut. Barangkali inilah julung media perdana RTM membuat liputan langsung ketibaan jenazah dari Mogadishu. ‘Tuan penasihat imejnya’ dipercayai memujuk beliau untuk memanipulasi insiden ini bagi memperbaiki imejnya yang teruk tercalar.

Sementara itu banyak pihak mula mempersoalkan insiden yang berlaku. Ada pandangan mengatakan bahawa Kelab Putra1 Malaysia yang mengetuai misi harus mengambil tanggungjawab ke atas insiden yang berlaku. Presidennya dilihat lebih mementingkan publisiti yang bakal diraih  berbanding aspek keselamatan setiap krew yang menyertai misi tersebut. Krew yang terbabit tidak dibekalkan dengan jaket kalis peluru sebagai satu langkah berwaspada di negara yang sedang bergolak.

Sidang media yang bakal diusahakan nanti mungkin menceritakan bagaimana ‘dramatiknya’ hero mamak ini beraksi dipentas airmata keluarga Allahyarham Noramfaizul. Jika ada sedikit kesedaran dan rasa kebertanggungjawaban terhadap insiden yang berlaku sidang media tersebut wajar dibatalkan. Hormatilah keluarga yang mati serta keikhlasan dituntut dengan pemberian pampasan yang sewajarnya.

Al-Fatihah untuk saudaraku Allahyarham Noramfaizul. 

No comments: