Thursday, September 15, 2011

1948 UMNO MENOLAK KEMERDEKAAN DAN HANYA MENYAMBUT MERDEKA PADA 1957.2011 BARU NAK SAMBUT HARI MALAYSIA



“Buat jarum sebatang pun kita tak mampu, ini hendak mereka”.

Ayat ini diungkap oleh orang UMNO ketika British hendak beri kemerdekaan pada tahun 1948. Pada era itu semua negara yang dijajah satu persatu menuntut kemerdekaan. British sedar lambat laun penduduk Malaya akan bertindak sedemikian. Pada tahun itu (1948) gabungan AMCJA-PUTERA telah merangka  10 Perlembagaan Rakyat  dan telah dikemukakan kepada Bristish sebagai asas perlembagaan Negara. Perlembagaan ini dilihat lebih menjaga kepentingan rakyat termasuk ‘Raja-raja melayu mempunyai kuasa sebenar’ bertanggungjawab kepada rakyat melalui Majlis Mesyuarat.

Penjajah British memilih UMNO,MCA dan MIC yang mewakili golongan bangsawan kerana dilihat mampu melindungi kepentingan British seperti ladang getah dan lombong bijih timah selepas merdeka.

UMNO hanya menentang British kerana Malayan Union kerana  bakal melenyapkan kepentingan golongan bangsawan. Moto mereka pada waktu itu ialah “ Hidup Melayu” bukan “Merdeka” yang menjadi moto perjuangan KMMM  yang lebih awal berjuang menuntut kemerdekaan. Keistimewaan orang melayu yang sering ditimbulkan hanya untuk kelompok tertentu sahaja. Rakyat lain hampir sama.Anehnya selepas merdeka yang menjadi wira sentiasa UMNO walaupun antara mereka tidak ada yang terpenjara atau terbunuh berjuang menuntut kemerdekaan. Mereka hanya ‘penyambut kemerdekaan’ hasil perjuangan awal mereka yang telah diburu, dipenjara dan dibunuh.

Selama 54 tahun rakyat merayakan kemerdekaan dengan mengangkat hanya tokoh-tokoh UMNO sebagai pejuang kemerdekaan.Desakan memperbetulkan tanggapan ini dengan mengangkat tokoh-tokoh lain seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman,Dr. Burhanuddin Helmy, Pak Sako dan ramai lagi pejuang-pejuang kemerdekaan telah lama bermula atas sifat berjuang dan merayakan kemerdekaan itu milik bersama semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik. Bagi membawa intergrasi roh kemerdekaan bersama penduduk Sabah dan Sarawak DS Anwar Ibrahim pernah mencadangkan bahawa 16 Sept dijadikan sebagai cuti umum sebagai “Hari Malaysia”.  

Pada tahun ini  2011 PM DS Najib sendiri tidak merayakan kemerdekaan seperti biasa pada setiap 31 Ogos  kerana bercuti dan menyambut awal syawal di Perth, Australia.

Selamat Menyambut Hari Malaysia.

No comments: