Tuesday, June 21, 2011

TUNTUTAN BERSIH 2- 7 @ 8?

Walau pun undian secara ‘on-line’ oleh The Star menunjukkan bahawa 99 % menyokong Himpunan Bersih 2 namun ramai yang masih belum jelas tuntutannya.Ada berbagai versi tuntutan Bersih 2. Ada yang mengatakan Bersih 2 adalah kesinambungan Bersih 2007 dengan penambahan dua tuntutan jadi jumlahnya adalah 6.

Ada yang mengatakan 7 tuntutan seperti dibawah ini:-
1) Pendaftaran pengundi secara automatik (21 tahun)
2) Sistem undi pos untuk para pengundi luar negara sahaja.
3) Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan;
 4) Capaian media aliran utama secara saksama untuk semua parti;
 5) Tempoh kempen minimum 21 hari;
 6) Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya;
 7) Menghapuskan rasuah pilihan raya

Ada yang kata 8 seperti dibawah ini:-
1. Bersihkan  senarai undi
2. Menreformasi undi pos
3. Guna dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5.  Akses media yang bebas dan adil
6. Kukohkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Apa pun semua pihak bersependapat pada tarikh 9 Julai 2011 dan masa pukul 2 petang. Tempat berkumpul di Sogo, Masjid Kg. Baru dan Bangunan DBKL (Dataran Merdeka). Jangan ada versi lain sudah.

No comments: