Tuesday, December 28, 2010

SIAPA SIKITOL KERAJAAN SELANGOR?


Doesn't anyone from Sgor MB office call to check first to seek an audience with the Sultan? The Tuanku is not available.
Twitter dari khairy jamaluddin.

Apa semua ini? Apa hubungan ketua pemuda umno ini dengan pentadbiran kerajaan di Selangor? Apakah ini mengesahkan dan membuktikan memang ada ‘tangan-tangan’ di belakang Sultan Selangor yang cuba memkucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Ramai pihak lega bila tempoh Khusrin di Jais berakhir. Pentadbiran Khusrin yang dilihat dan terbukti masih berkiblatkan UMNO tidak menepati  profesionalisme yang wajar diamalkan oleh semua yang bergelar pengarah jabatan. Beliau seharusnya bekerja selari dengan dasar-dasar kerajaan majoriti pilihan rakyat. Banyak tindakan yang dibuat tidak mematuhi  kriteria yang dimaksudkan. Dalam setiap tindakan yang dilakukan biasanya menggunakan alasan ‘ setelah diperkenankan Sultan’. Apakah perkenan itu sebenarnya diberikan adalah satu persoalan. Ada pihak-pihak lain selain Khusrin yang duduk mereka ini ‘bergayut’ dengan Sultan Selangor sebenarnya berkhidmat untuk satu pihak tertentu.

Adakah rakyat Selangor akan membiarkan pihak-pihak ini membelakangkan aspirasi politik mereka? Membelakangkan demokrasi yang dilaung-laungkan bersama gagasan 1 Malaysia mereka? Barangkali mereka inilah ‘sikitol-sikitol’ yang dimaksudkan oleh TS Khalid Ibrahim, MB Selangor. 

Jangan sampai sejarah kejatuhan kerajaan Melayu Melaka ditangan 'sikito'l ini berulang.

No comments: