Sunday, July 18, 2010

NOH OMAR MANGSA SETERUSNYA



Semua rakyat Selangor sudah maklum akan perebutan kuasa dikalangan pemimpin tinggi UMNO. Antara Noh Omar dan Khir Toyo yang dilihat tidak sealiran. Masing-masing cuba membina dan melebarkan empayar kekuasaan mereka yang semakin hari semakin tergugat dan menguncup. Terbaru mereka berdua menyerang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengenai isu pasir dari dua sisi yang berlainan.

DS Khir Toyo memulakan serangan dengan membawa pemberita dan penyokongnya yang ‘tembam’ ke tanah berhampiran Wetland Putrajaya. Adakah dia fikir dengan tindakan itu rakyat Selangor akan melupakan apa yang beliau telah lakukan kepada Bukit Cerakah yang kesannya jelas dilihat dari bekas pejabat lama dulu. Betapa kawah-kawah besar yang kononya jelas dilihat dari udara adalah hasil dari perbuatan juak-juak mereka yang pernah berkuasa dulu. Betapa rakyat Selangor telah rugi jutaan ringgit kerana kecurian hasil pasir dari bumi Selangor telah dirombak oleh mereka.

Perkembangan ini sudah tentu mengusarkan  pesaingnya DS Noh Omar yang dulu dilihat tidak ambil pusing tentang kerajaan Selangor kini (kecuali masa PRK Hulu Selangor). Beliau mengambil sisi untuk menyerang Kumpulan Semesta SB(syarikat Selangor yang ditubuhkan untuk mengawal pasir). Kononnya berlaku penyelewangan dan mengambil tindakan politik seperti DS Mahyuddin yang akan membuat laporan ke SPRM.(link).

Isu terjawab dengan penjelasan dari KKSB(link) dan mendapat reaksi dari  kalangan pengusaha dan pembeli pasir di Selangor (link). Kenyataan ini sedikit sebanyak merencatkan keghairan UMNO untuk berkuasa semula di Selangor yang menjadi nadi utama ekonomi Malaysia. Betapa seringkali mereka terpaksa menelan air liur mengenangkan hasil yang dulunya mengayakan mereka kini menjadi hak rakyat.

No comments: