Wednesday, May 19, 2010

POLITIK AKAR UMBI

Orang kampung cakap 'grass root'. Ya barangkali itu yang tiada pada PKR ini. Memang di atas kertas PKR adalah parti yang idealis untuk percaturan politik di Malaysia yang terdiri dari berbagai kaum. Namun hakikat pahit perlu ditelan adalah sejauh mana pengikutnya menghayati perjuangan parti itu. Kebanyakkan pengikut atau ahli parti ini adalah serpihan dari UMNO dan parti-parti lain. Memang cantik dilihat dari luar memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Perlu sedar yang menyertai parti ini bukan malaikat. Maka walaupun dasar perjuangan parti adalah untuk keadilan semua kaum tidak terlepas segelintir pemimpin parti ini terpesong dan cenderung ke arah memperjuangkan sesuatu kaum.

Yelah apa guna jadi pemimpin jika tiada pengikut. Sebagai umpan kepada pengikut ini pelbagai janji ditaburkan. Satu peristiwa semasa awal pemerintahan PR di Selangor dimana diadakan rombakan ketua-ketua kampung. Jika sebelum ini ketua cawangan UMNO secara 'autamatik' dilantik menjadi ketua kampung, dibawah MB Khalid berlainan. Dilantik mereka dari kalangan bukan ahli tegar parti. Betul ke itu berlaku? Maka setiap parti (PKR,PAS dan DAP) akan mencadangkan calun-calunnya yang cuba ditutup ketegaran terhadap parti.

Kedudukan ketua kampung ini sedikit sebanyak akan cuba dilenturkan menjadi selari dengan perjuangan parti dan akan cuba dimenmanfaatkan membina pengaruh dikampung-kampung yang selama ini tegar dengan UMNOnya.

PKR seperti yang kita sedia maklum sukar mempunyai pengikut di kampung. Jalan pintas yang diterokai ialah dengan menawarkan  jawatan ketua kampung kepada ketua cawangan UMNO sedia ada dengan bersyarat. Dibubarkan cawangan UMNO dan ditubuhkan ranting PKR. Hasilnya kita lihat ramai yang dulunya adalah pencacai UMNO tiba-tiba bertukar teriakan dari 'Hidup Melayu' kepada 'Reformasi'.

Setelah setahun berlalu barulah mereka menyedari 'hasil' dari kerajaan PR ini tidak memberi penambahan pendapatan peribadi seperti sebelum ini. Terjadi perselingkuhan dalam parti. Secara diam-diam mereka ini mula menjalin hubungan dengan majikan lama mereka (yang arif tentang serakah orang seperti mereka). Mereka inilah yang menjadi duri dalam daging Pakatan Rakyat. Bila peluang terhidang mereka akan beralih arah.

Mujurlah mereka ini mudah dikesan dan tidak perlu tunggu mejelang PRU 13 untuk membuat onar. Pembersihan perlu dibuat membuang daki-daki ini. Kesetiaan mereka perlu diuji dan keprihatinan mereka perlu dihargai sekiranya mereka ini benar-benar telah beriktikad untuk bersama PR.

No comments: