Saturday, April 24, 2010

PERANAN MEDIA BARU DALAM PRK

Debaran menanti keputusan PRK P094 Hulu Selangor.
Sambil melihat pelapuran dari media baru. Wujud berbagai prediksi dan pandangan. Sekurang-kurangnya ini adalah hasil buah tangan mereka yang ikhlas. Samada betul jurus mereka adalah pekara kedua.

Kalau semua pemimpin PAS menyedari hakikat ini rasanya penekanan akan terarah ke medium ini. Namun arang yang tercoret di sesetengah bloggers menyebabkan pendirian pimpinan PAS semakin jauh.

Hakikatnya sesetengah blogger menggunakan medium baru ini sebagai pentas beradu kekuatan sesama sendiri mengejar 'hit' atau pengunjung. Aku melihat pada sisi positif dimana bila sensasi ditimbulkan maka akan ada warga baru mengikuti perkembangannya. Dari 10 'posting' yang dihantar kalau dibaca sebahagian darinya sekurang-kurangnya terkesan pada diri pembaca.

Cuma berharap agar para blogger sentiasa berlapang dada menerima segala kritikan terbuka. Pada seketika perlu bermuhasabah diri. Sentiasa mencari kemenangan dengan kebenaran.

Pada pemimpin PAS pula mereka harus mengalir diarus yang sama. Jangan dikesampingkan peranan media baru. Perlu diwujudkan satu lajnah khas berasingan dari penerangan dan it nya sebagai persiapan menghadapi PRU 13 nanti.

No comments: