Saturday, April 10, 2010

3 I untuk memadamkan BN di Hulu Selangor

i yang pertama ialah  IKHLAS.
i yang kedua ialah  IKHTIKAD atau bersungguh-sungguh
i yang ketiga ialah ISTIQAMAH

Demikian dijelaskan oleh YB Ust. Nasharudin Mat Isa, Timb. Presiden PAS semasa melancarkan Jentera PAS Negeri Selangor di Dewan Orang Ramai Batang Kali petang tadi.

"Walau pun bukan PAS yang bertanding. Atas semangat untuk mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat seluruh jentera PAS perlu berusaha bersungguh-sungguh bekerja sama dengan jentera Pakatan Rakyat yang lain untuk mengekalkan kerusi P094 terus kekal.""

Dengan dibantu oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS yang turut menghantar wakil pada majlis tersebut PAS berharap kerusi parlimen hulu Selangor akan kekal di tangan Pakatan Rakyat.

YB. Ust. Nasharudin yang dilantik sebagai pengarah Jentera Pilihanraya Kecil PAS Hulu Selangor sebenarnya membawa cabaran yang hebat. Pertama untuk membantu memenangkan calun dari PKR. Dan kedua barangkali perjuangan peribadinya untuk membuktikan komitmennya terhadap"Memperkasakan Parti Memperkukuh Pakatan". Beliau yang dicap oleh sesetengah ahli PAS sebagai pro kepada UMNO harus menggunakan pentas ini untuk membuktikan pendirian sebenar beliau.

Kalau atau menang semasa PRK ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi persepsi orang ramai terhadap beliau.Tinjauan awal yang dibuat mendapati akan ada protes dikalangan orang melayu terutamanya berikutan DS Najib telah mengumumkan bahawa calun BN tetap dari MIC. Hulu Selangor merupakan kawasan yang paling besar di Selangor dengan demografi penduduknya tidak setempat. Ini akan memberi kesan kehadiran orang ramai terhadap kempen ceramah pilihanraya yang akan diadakan. Disini PR mempunyai kelebihan berbanding BN atas kapasiti kerajaan Selangor diterajui oleh Pakatan Rakyat.Akses penggunaan tempat-tempat seperti dewan dan balairaya memihak pada PR. BN mungkin terpaksa menggunakan kemudahan sekolah-sekolah atau Jabatan Persekutuan untuk berkempen. Difahamkan semua sekolah digunakan sebagai tempat untuk mengundi dan secara tidak langsung BN tidak boleh menggunakan kemudahan di sekolah.

Apapun pertembungan kali ini adalah antara dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan dasar Satu Malaysia.

No comments: